Tuesday, April 8, 2014

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum,
nah bunga sekuntum! hee, yellow tulip for our friendship (senyum)


Ok, now take a deep breath.......and relax........Angkat tangan...mai kita baca doa dulu,

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih
Ya, Allah, permudahkan segala urusanku dalam menyampaikan ilmu buat diriku dan insan yang kau gerakkan hatinya untuk membaca tulisanku, ilmu pinjaman dariMu.
Ya Allah, berikanlah ilmu yang bermanfaat, ilmu yang dapat mendekatkan lagi hati kami kepada jalanMu dan berkatilah ilmu yang kami pelajari ini.
Ya Allah, sesungguhnya, kami berlindung dari segala kesesatan, ilmu-ilmu yang tidak bermanfaat dan jauhi kami daripada ilmu yang boleh membawa kami untuk syirik kepadaMu.
Permudahkanlah urusan kami dalam mengajak kepada maaruf dan mencengah yang mungkar.
Aminn...

InshaAllah semoga tulisan dalam belog ni dapat memberi manfaat buat semua orang termasuklah orang yang tengah menaip ni, kekeke...So what is actually this blog about?!? (dari tadi pelik semacam je...kan?)

Ok, sebenarnya dah lama tersimpan hasrat hati nak berkongsi dengan orang lain, ilmu yang kita dapat sewaktu usrah atau bulatan gembira. Memang diri ini pun masih belajar untuk tetapkan iman di jalan Allah dan sangat-sangat mengakui bahawa ilmu di dada ni masih belum perfect untuk menyampaikan pada orang lain tetapi tugas sebagai khalifah Allah harus tetap berjalan dalam keadaan apapun.

Maka diharapkan dengan ada belog ni, kita semua dapat sama-sama share ilmu yang kita belajar. InshaAllah, moga-moga ilmu kita akan bertambah dari sehari ke sehari kerana
Tidak akan habis ilmu seseorang itu jika dikongsi dengan orang lain, malah Allah akan menambahkan ilmu yang baharu buat dirinya.
So, feel free to share any entry in this blog dan minta sangat-sangat tolong tegur andai ada silap dan salah mengenai fakta, hukum, cara penyampaian atau apa-apa sahaja. InshaAllah dengan teguran tersebut, dapat kita sama-sama membina diri untuk menjadi yang lebih baik. Aminnn...
Till then, jazakallahu khaitran khatira.

P.S: Meet me in my first official entry. Mood: feeling extremely excited!